Skip to main content

Gagal dalam peperiksaan?



Tulisan ini aku tujukan khas buat mereka yang merasakan "gagal" dalam pelajaran. Mereka yang merasakan "down" tatkala menerima slip peperiksaan, namun keputusannya tidak seperti yang diimpikan.


Teman,
Saat kau merasakan kecewa dengan keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan, bersangka baiklah dengan Allah. Inilah suratan takdirNYA buat dirimu. Lupakah dikau bahawa Dia Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib? Dia lebih tahu apa yang terbaik buat engkau. Maka percayalah, keputusan yang ada di genggamanmu itu adalah yang TERBAIK. Yakin lah bahawa setiap aturanNYA terselit 1001 hikmah yang indah di sebaliknya. Kerana dengan keyakinan membuat kau percaya, "kejayaan di dunia hanya sementara, kejayaan akhirat yang abadi selamanya."

Teman,
Allah bukan tidak mahu memakbulkan doamu. Dia juga tahu engkau sudah usaha sehabisNYA. Tetapi percayalah, Allah sedang menangguhkan kejayaan buatmu pada masa, waktu, dan hari lain yang lebih tepat untuk kau merasa bahagia dengan nikmat kejayaan itu.  Mungkin saja jika engkau diberikan kejayaan pada saat ini, kau akan berperang dengan perasaan riak, bangga diri, ujub dan takabbur. Allah sedang bantu kau menjaga hati. Allah sedang bantu kau daripada terkena penyakit hati. Itupun, masih lagikah untuk kau menyalahkan takdirNYA?

Teman,
Mungkin engkau lupa. Bahawa engkau pernah meminta dari Allah,

"Ya Rabbul 'izzati, izinkanlah aku untuk menjadi hambaMU yang bertaqwa. Dekatkanlah aku denganMu. Jadikanlah hatiku hanya terpaut padaMU. Jangan biarkan aku terus lalai dengan nimat dunia yang sementara. Ajari aku cara untuk mencintaiMU lebih dari segalanya."

Ternyata, dengan kegagalan ini, buat dirimu makin dekat denganNYA. Buat dirimu hanya mengadu dan merintih padaNYA. Dan kemudian engkau tersedar suatu perkara..."Subhanallah.. Rupanya Allah sedang memakbulkan doaku yang ini.."
Dengan dugaan ini, sedarlah bahawa Allah sedang mentarbiyyah dirimu untuk lebih mendalami hakikat "redha". Perkataan yang mudah diungkap, namun sulit untuk diselami dalam kehidupan.

Teman,
Kita takkan selamanya berada di atas. Kita takkan selamanya di puncak kejayaan. Ada kalanya, pasti kita akan berada di bawah juga. Berada di posisi "looser". Kerana itulah warna warni kehidupan. Allah mengatur begitu agar kita dapat belajar makna "syukur" . Kita sering lupa untuk mensyukuri segala nikmat yang dikurniaNYA. Apabila Dia memberikan kita kejayaan, kita jadi lupa diri. Kita lupa bahawa yang memberi kejayaan itu Allah, bukan kerana hasil usaha kita sendiri semata. Oleh sebab itu, dia memberi kita rasa gagal pula. Agar kita dapat mengenang kembali segala nikmat kejayaan yang diberikanNYA sebelum ini adalah untuk disyukuri bukan untuk dibangga-bangga.

Teman,
Peperiksaan hanyalah sebagai kayu ukur penguasaan kita dalam pelajaran. Bukan penentu kejayaan dalam kehidupan. Belum tentu orang yang cemerlang dalam peperiksaan, berjaya dalam kehidupannya. Dan belum tentu orang yang gagal dalam peperiksan, tiada masa hadapan. Cuba kita lihat, berapa ramai orang di luar sana, yang berkelulusan ijazah, master, tapi masih saja lagi ramai yang menganggur. Dan berapa ramai pula yang hanya berkelulusan spm atau tiada apa-apa kelulusan atau pernah gagal dalam peperiksaan, bangkit menjadi orang yang berjaya sehingga menjadi jutawan dan usahawan yang berjaya. Terdapat ramai tokoh-tokoh yang pernah gagal dalam pelajaran juga tapi mereka masih boleh berjaya.

Suka untuk saya petik, kata-kata daripada seorang lelaki yang menempa nama sebagai antara orang yang terkaya di dunia,



"I failed in some subjects in exam, but my friend passed in all. Now, he is an engineer in Microsoft and I am the owner of Microsoft"
[Bill Gates]

Bill gates berjaya menjadi jutawan apabila berjaya mencipta Microsoft yang begitu masyhur di seluruh dunia.


Kemudian, saya ingin berkongsi sedikit kisah mengenai seorang tokoh yang sewaktu remajanya dia dianggap bodoh dan lambat berfikir, dia juga menghidap penyakit Austisme atau lambat bercakap. Dia pernah dibuang sekolah dan seorang guru pernah berkata padanya "Engkau takkan boleh belajar apa pun". Namun kemudiannya, dia menjadi seorang ahli fizik berbangsa jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20


Siapa dia?
"Dialah Albert Einstain"

“I don’t have any special talents. I do passionately curious.”

“Saya tidaklah memiliki bakat istimewa, hanya saya sangatlah penasaran dalam suatu hal.”



Jadi, adakah engkau memutuskan untuk terus berputus asa dan berasa kecewa?

Jika tidak mahu. Maka, mulakan langkah kejayaan daripada sekarang! Gagal dalam peperiksaan bukanlah noktahnya. Tapi kehidupan sebenar baru sahaja bermula. Rezeki itu di tangan Allah. Yakin dengan janji Allah, bahawa sesiapa yang berusaha dia pasti akan berjaya! Muhasabah kembali segala khilaf dan kesilapan kita yang lalu dan berazamlah untuk berubah menjadi orang yang lebih baik!

Firman Allah swt,

وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).

"Orang yang hebat bukanlah orang yang berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaannya, tetapi orang yang hebat adalah orang yang mampu bangkit setelah jatuh merasai kegagalan. "



Semua orang mampu berjaya!
Positif! ^_^

Izzati Elya
Ahad
08:30am


Comments

  1. Nice one sis . Keep it up . ��

    ReplyDelete
  2. Sangat bagus post kamu.

    https://www.pafiried.com/pelajar

    ReplyDelete
  3. terima kasih buat blog ni. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bagaimana cara nak lupakan Crush?

Apa itu CRUSH? Crush bermaksud orang lelaki/perempuan (ajnabi) yang kita suka dalam diam, minat, dan ingin tahu perkembangannya dan selalu terfikir fikir tentangnya. Dia tak tahu yang kita suka dia, dalam masa yang sama kita ada hasrat untuk meluahkan perasaan padanya. Dan kita turut berharap dia mempunyai perasaan yang sama pada kita pada waktu yang kau belum mampu menghalalkannya. Kalau mcm tu 👆 yang engkau rasa, maka BERTAUBATLAH. Imam Alghazali ada  menyebut: “Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…” Kenapa? Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?! Andai kata pernah TERpandang, rasa TERpesona dengan keindahan atau perwatakannya, (mohon baca perkataan *TER* tu berulang kali), tiba-tiba rasa macam suka dalam hati, itu NORMAL. Sebab memang lumrah lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki, ada semacam "attraction" antara sa...

Pengalaman SMA

All began when my aged at 16 years old. Pada usia ini mungkin pelajar yang bersekolah di SMK yang bukan beraliran agama akan menggelar sebagai tahun " honeymoon year". Yelah. Tak terikat dengan mana-mana exam besar kan. Tapi. Pelajar sekolah SAM yang beraliran agama ada peperiksaan yang dipanggil Sijil Menengah Agama atau "SMA". Memang tak ada istilah "honeymoon" langsung! Deret tahun kena struggle je. Eeerrkk. Struggle ke? >.< hehe... SMA ni pulak boleh tahan mencabar. Maddah-maddah dia semua nak kena hapal sampai kasi ummphh!!! Tambah lagi semua dalam Bahasa Arab. Tauhid Feqah, Tafsir Hadith, Nahu Sorof Mutola'ah, Tarikh Islam, Alqura Hafazan. Hemm. Memang lemah lah kalau kena kat orang yang tak suka menghafal dan yang tak minat bahasa arab ni~ Macam ana. PMR sangkut kat Bahasa Arab lah. Kalau tanya ana. Ana suka menghafal? Ana akan jawab "memang taklah". Actually ana amat lemah ye bab2 menghafal ni. Siapa yang spesis macam a...

Kasih Sayang Allah S.W.T

Islam. Agama yang sempurna dan menyeluruh. Ajaran agama Islam juga adalah realisitik dengan keadaan dan kesesuaian kehiduapan manusia. Manusia. Fitrahnya ingin dicintai dan disayangi. Namun sering kali salah meletakkan rasa cinta, kasih dan sayang pada tempat yang tidak sepatutnya. Rasa cinta dan kasih kepada ibu bapa, anak, lelaki atau wanita itu adalah fitrah. Dan Islam sama sekali tidak melarang untuk mencintai kepada semua itu. Namun, fitrah itu haruslah dikawal agar tidak memudharatkan. Sebagai analoginya, makan itu juga merupakan fitrah. Seandainya kita tidak mengawal fitrah dengan memakan makanan dengan terlampau banyak, maka ia akan menyebabkan obesiti. Sama juga halnya dengan Cinta. Manusia sering menanti cinta yang tidak pasti. Sedangkan ada cinta yang telah pasti dan hakiki. Malah andai dapat kita meraih cinta ini, sudah tidak ada apa yang lagi yang dapat menggembirakan di dunia ini jika dibandingkan dengan Cinta Agung dan ganjaranNya di akhirat nanti. Cuba hitung berapa...