Skip to main content

Kasih Sayang Allah S.W.T

Islam. Agama yang sempurna dan menyeluruh. Ajaran agama Islam juga adalah realisitik dengan keadaan dan kesesuaian kehiduapan manusia. Manusia. Fitrahnya ingin dicintai dan disayangi. Namun sering kali salah meletakkan rasa cinta, kasih dan sayang pada tempat yang tidak sepatutnya. Rasa cinta dan kasih kepada ibu bapa, anak, lelaki atau wanita itu adalah fitrah. Dan Islam sama sekali tidak melarang untuk mencintai kepada semua itu. Namun, fitrah itu haruslah dikawal agar tidak memudharatkan. Sebagai analoginya, makan itu juga merupakan fitrah. Seandainya kita tidak mengawal fitrah dengan memakan makanan dengan terlampau banyak, maka ia akan menyebabkan obesiti. Sama juga halnya dengan Cinta.

Manusia sering menanti cinta yang tidak pasti. Sedangkan ada cinta yang telah pasti dan hakiki. Malah andai dapat kita meraih cinta ini, sudah tidak ada apa yang lagi yang dapat menggembirakan di dunia ini jika dibandingkan dengan Cinta Agung dan ganjaranNya di akhirat nanti. Cuba hitung berapa banyak kali kita pernah merasa jatuh cinta kepada makhluk ciptaanNya? Dan cuba pula kita hitung. Berapa kali pula kita jatuh cinta pada Pemilik Cinta?

Sedarlah manusia. Betapa sayangnya Allah kepada kita. Saat Nabi Adam A.S diciptakan dan Allah berkata di hadapan malaikat,

 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi'  

Lantas para malaikat mempersoal.

'Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau ?'



Kemudian Allah membela manusia dengan berfirman yang bermaksud,

''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" (QS. al-Baqarah: 30)

Tatkala merenung kembali,
Betapa pengampunnya Allah, 
Betapa sayangnya Allah pada kita.
Air mata pasti akan perlahan,
Mengalir dari kelopak mata.
Subhanallah...

Pernah suatu ketika, Rasulullah dan para sahabat mendapat tawanan perang. Lalu ada seorang tawanan wanita yang mencari anaknya. Apabila telah berjumpa dengan anaknya yang masih bayi, ibunya menggedong, memeluk dan mengucup bayi tersebut. Kemudian perlahan-lahan ibunya menyusukan bayi itu. Melihat kejadian itu, Rasulullah bertanya kepada sahabat,

"Apakah kamu rasa ibu tersebut sanggup melemparkan anaknya ke dalam api? "

Lalu sahabat menjawab,

"Sungguh aku pasti, tidak akan sangguplah seorang ibu untuk melemparkan anaknya ke dalam api. Tiada ibu yang tidak menyayangi anaknya."

Lalu Rasulullah S.A.W berkata,

"Andai kau tahu KASIH SAYANG Allah kepada manusia 70 KALI lebih sayang, daripada seorang ibu yang sayang akan anaknya."

    SUBHANALLAH!!!

"Sayangnya Allah kepada kita... "

"Tanyakan pada diri kamu!"

"Apakah kamu sayang kepada Allah?"

"Apa buktinya?"

"Tepuk dada, tanya iman...."


Sekian. *lambai tangan* :)
-Cik Izel-


Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana cara nak lupakan Crush?

Apa itu CRUSH? Crush bermaksud orang lelaki/perempuan (ajnabi) yang kita suka dalam diam, minat, dan ingin tahu perkembangannya dan selalu terfikir fikir tentangnya. Dia tak tahu yang kita suka dia, dalam masa yang sama kita ada hasrat untuk meluahkan perasaan padanya. Dan kita turut berharap dia mempunyai perasaan yang sama pada kita pada waktu yang kau belum mampu menghalalkannya. Kalau mcm tu 👆 yang engkau rasa, maka BERTAUBATLAH. Imam Alghazali ada  menyebut: “Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…” Kenapa? Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?! Andai kata pernah TERpandang, rasa TERpesona dengan keindahan atau perwatakannya, (mohon baca perkataan *TER* tu berulang kali), tiba-tiba rasa macam suka dalam hati, itu NORMAL. Sebab memang lumrah lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki, ada semacam "attraction" antara sa...

Gagal dalam peperiksaan?

Tulisan ini aku tujukan khas buat mereka yang merasakan "gagal" dalam pelajaran. Mereka yang merasakan "down" tatkala menerima slip peperiksaan, namun keputusannya tidak seperti yang diimpikan. Teman, Saat kau merasakan kecewa dengan keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan, bersangka baiklah dengan Allah. Inilah suratan takdirNYA buat dirimu. Lupakah dikau bahawa Dia Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib? Dia lebih tahu apa yang terbaik buat engkau. Maka percayalah, keputusan yang ada di genggamanmu itu adalah yang TERBAIK. Yakin lah bahawa setiap aturanNYA terselit 1001 hikmah yang indah di sebaliknya. Kerana dengan keyakinan membuat kau percaya, "kejayaan di dunia hanya sementara, kejayaan akhirat yang abadi selamanya." Teman, Allah bukan tidak mahu memakbulkan doamu. Dia juga tahu engkau sudah usaha sehabisNYA. Tetapi percayalah, Allah sedang menangguhkan kejayaan  buatmu pada masa, waktu, dan hari lain yang lebih tepat untuk kau mer...