Skip to main content

Kisah Pemuda Ashabul Ukhdud

Terdapat kisah menarik yang harus diambil pengajaran dan iktibar oleh golongan remaja pada hari ini. Kisah berkenaan seorang pemuda yang teguh imannya sekali pun diugut dengan berbagai-bagai cara untuk dibunuh. Keimanannya yang teguh malah membuatkan penduduk yang hidup pada sezamannya menjadi beriman kepada Allah S.W.T.

Kisah ini ternyata ada disebut di dalam Al Quran :


وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ (1) وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ (2) وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ (3) قُتِلَ أَصْحَابُ الْأُخْدُودِ (4) النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ (5) إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ (6) وَهُمْ عَلَى مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ (7) وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ (8) الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (9)
Demi langit yang mempunyai gugusan bintang, dan hari yang dijanjikan, dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar, ketika mereka duduk di sekitarnya, sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.” (QS. Al Buruj: 1-9).

Kisah seorang pemuda yang dulunya dididik untuk menjadi tukang sihir kerajaan. Tetapi kemudian pemuda ini menjadi hamba Allah yang beriman. Allah SWT memberikan kelebihan kepadanya. Suatu ketika pembantu raja yang buta berangkat menemui pemuda ini dan memohon kepadanya agar menyembuhkan kebutaannya. Pemuda itu mahu mendoakan agar Allah SWT menyembuhkannya dengan syarat dia beriman kepada-Nya. Tawaran itu diterimanya dan Allah pun menyembuhkannya. Raja terkejut dengan kejadian ini dan keimanan pemuda ini.

Raja memerintahkan agar menangkap pemuda ini dan menghukumnya. Mula-mula pemuda ini dihukum dengan cara dijatuhkan daripada atas gunung. Raja berpesan, 

"Jika sampainya di sana dia mahu keluar daripada agamanya, maka dia jangan diapa-apakan, tetapi kalau dia teguh dalam agamanya, maka lemparlah sahaja ke jurang." 

Allah SWT menyelamatkan pemuda itu dan membinasakan pengawal raja. Raja bertanya,

"Mana pengawalku?"

Dia menjawab, 

"Allah menyelamatkanku daripada kejahatan mereka."

Lalu raja memerintahkan pengawal yang lain agar mencampakkannya ke laut. Lantas dibawalah pemuda ini ke tengah laut dengan menggunakan kapal. Tetapi Allah SWT kembali menyelamatkannya. Pemuda tersebut datang menghadap raja dan berkata,

" Engkau tidak boleh membunuhku sebelum mematuhi perintahku."

Raja bertanya, "Apa perintahmu?"

Pemuda itu menjawab,
"Kumpulkan lah seluruh rakyat di lapangan, lalu saliblah aku pada sebatang pohon. Panahlah aku seraya mengucapkan, 'Bismillahi Rabbi hazal ghulam' (dengan menyebut Allah, Tuhan pemuda ini). Jika engkau melakukan apa yang aku perintahkan ini, maka engkau boleh membunuhku. "

Selepas itu ternyata benar pemuda tersebut meninggal. Tapi kemudian rakyatnya berkata, 

"Kami BERIMAN dengan Tuhan pemuda ini!"

Raja pun  marah kepada mereka, dia membuat parit di sepanjang jalan dengan nyala api serta melemparkan siapa sahaja yang beriman. 

Ada seorang ibu yang sedang menggendong bayi. Ibu ini tidak sanggup melihat bayinya ikut terbakar bersamanya. Keraguan merasuki jiwanya. Dalam keadaan yang demikian ini, tiba-tiba bayi yang masih kecil boleh bercakap,

"Wahai ibu, tabahkanlah hatimu, kerana ibu berada dalam kebenaran."

Tekadlah sudah ibu tersebut dan dengan berbekalkan keimanan dan keberantungan yang tinggi kepada Allah dia terjun ke dalam nyala api itu.

(Imam Muslim, Sahih Muslim, Hadis No. 3005, 1998: 1600).

Sungguh menakjubkan keimanan yang ditunjukkan oleh pemuda Ashabul Ukhdud. Seharusnya kita mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah ini. Moga kita menjadi hamba-Nya yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Tingkatkan iman. :)
*lambai tangan*
-Cik Izel-

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana cara nak lupakan Crush?

Apa itu CRUSH? Crush bermaksud orang lelaki/perempuan (ajnabi) yang kita suka dalam diam, minat, dan ingin tahu perkembangannya dan selalu terfikir fikir tentangnya. Dia tak tahu yang kita suka dia, dalam masa yang sama kita ada hasrat untuk meluahkan perasaan padanya. Dan kita turut berharap dia mempunyai perasaan yang sama pada kita pada waktu yang kau belum mampu menghalalkannya. Kalau mcm tu 👆 yang engkau rasa, maka BERTAUBATLAH. Imam Alghazali ada  menyebut: “Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…” Kenapa? Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?! Andai kata pernah TERpandang, rasa TERpesona dengan keindahan atau perwatakannya, (mohon baca perkataan *TER* tu berulang kali), tiba-tiba rasa macam suka dalam hati, itu NORMAL. Sebab memang lumrah lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki, ada semacam "attraction" antara sa...

Kasih Sayang Allah S.W.T

Islam. Agama yang sempurna dan menyeluruh. Ajaran agama Islam juga adalah realisitik dengan keadaan dan kesesuaian kehiduapan manusia. Manusia. Fitrahnya ingin dicintai dan disayangi. Namun sering kali salah meletakkan rasa cinta, kasih dan sayang pada tempat yang tidak sepatutnya. Rasa cinta dan kasih kepada ibu bapa, anak, lelaki atau wanita itu adalah fitrah. Dan Islam sama sekali tidak melarang untuk mencintai kepada semua itu. Namun, fitrah itu haruslah dikawal agar tidak memudharatkan. Sebagai analoginya, makan itu juga merupakan fitrah. Seandainya kita tidak mengawal fitrah dengan memakan makanan dengan terlampau banyak, maka ia akan menyebabkan obesiti. Sama juga halnya dengan Cinta. Manusia sering menanti cinta yang tidak pasti. Sedangkan ada cinta yang telah pasti dan hakiki. Malah andai dapat kita meraih cinta ini, sudah tidak ada apa yang lagi yang dapat menggembirakan di dunia ini jika dibandingkan dengan Cinta Agung dan ganjaranNya di akhirat nanti. Cuba hitung berapa...

Gagal dalam peperiksaan?

Tulisan ini aku tujukan khas buat mereka yang merasakan "gagal" dalam pelajaran. Mereka yang merasakan "down" tatkala menerima slip peperiksaan, namun keputusannya tidak seperti yang diimpikan. Teman, Saat kau merasakan kecewa dengan keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan, bersangka baiklah dengan Allah. Inilah suratan takdirNYA buat dirimu. Lupakah dikau bahawa Dia Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib? Dia lebih tahu apa yang terbaik buat engkau. Maka percayalah, keputusan yang ada di genggamanmu itu adalah yang TERBAIK. Yakin lah bahawa setiap aturanNYA terselit 1001 hikmah yang indah di sebaliknya. Kerana dengan keyakinan membuat kau percaya, "kejayaan di dunia hanya sementara, kejayaan akhirat yang abadi selamanya." Teman, Allah bukan tidak mahu memakbulkan doamu. Dia juga tahu engkau sudah usaha sehabisNYA. Tetapi percayalah, Allah sedang menangguhkan kejayaan  buatmu pada masa, waktu, dan hari lain yang lebih tepat untuk kau mer...