Skip to main content

EKSKLUSIF UNTUK AKHWAT🌹 (BOLEH KE UPLOAD GAMBAR?)


Suatu hari, masuk satu pesanan dalam peti inbox ana,

"Assalamualaikum wbt, ukhti, pernah tak enti ada perasaan nak upload gambar dalam fb atau insta..? Sebab kadang2 ana nak sangat upload. "

Allahu..Subhanallah. Ramai muslimat yang merasakan sedemikian rupa sebenarnya. Tak dinafikan. Ini kerana apa? Fitrahnya,

"Wanita suka TUNJUK, tapi perlu diingatkan, lelaki suka TENGOK."

Hal ini bertentangan dengan kata Saidatina A'isyah, apabila ditanya wanita bagaimana yang baik? Lalu beliau berkata,

"Wanita yang tidak memandang, dan dipandang."

Ini bertetapan dalam surah An Nur, Allah memerintahkan agar lelaki dan wanita menundukkan pandangan daripada melihat yang haram,

Allah berfirman yang bermaksud : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” (QS. An-Nuur : 30-31).

Sungguh. Nak ke tahap yang Saidatina A'isyah katakan itu memang bukan senang. Tambahan lagi pada zaman serba canggih teknologi sekarang. Dengan adanya fb, insta, twitter, wechat, what app dan sebagainya.
Buka instagram je, bersepah semua gambar-gambar perempuan tak tutup aurat. Buka facebook je, berterabur gambar perempuan yang dahagakan pujian dan likes.

Allahu..
Setiap apa yang kita share di laman sosial tu, akan disoal oleh Allah di akhirat nanti. Andai ada gambar kita tak tutup aurat, maka saham dosa untuk kita pun  sentiasa berjalan dan mengalir 24 jam non stop! Nauzubillahiminzalik! 😭

Ada seorang ikhwah pernah berkongsi perasaan jujur dirinya sebagai seorang lelaki apabila melihat gambar wanita di laman sosial.

"Sejujurnya, antunna sebagai muslimat pasti akan merasa takut, sehingga sampai ke tahap tak nak keluar rumah, kalau antunna tahu apa yang kami fikirkan. Nafsu lelaki ni cuma satu. Iaitu wanita. Dan satu-satunya nafsu itulah yang paling kami sukar nak kawal. Dan sebab itu kenapa Allah perintahkan untuk tundukkan pandangan, sebab mata lelaki ni lain. Semacam bole "scan" biarpun antunna dah tutup aurat. Apatah lagi yang tak tutup aurat.

Sebagai contoh, ana ada seorang member yang kaki save gambar perempuan, dan dia akan tatap setiap gambar perempuan tu sebelum dia tidur. Nak ke antunna jadi santapan rakus nafsu ajnabi? Kalau nak, upload la banyak2 lagi. "

Allah..... menangis tak berlagu dibuatnya apabila menerima pengakuan jujur sedemikian rupa. 😭😭😭

Persoalannya, "memang langsung tak boleh upload gambar ke?"

Kalau nak upload juga, kat sini ana ada gariskan syarat-syarat yang muslimat boleh ikut agar tidak menjadi fitnah pada ajnabi.

1. Gambar yang menutup aurat dengan SEMPURNA!
-tudung labuh melebihi dada
-pakai handsock(xnampak pergelangan tangan)
-pakai stokin
-baju longgar dan tak jarang
-tiada bonggol di kepala

2. Bukan gambar selfie sorang. Kalau welfie okey lagi. Make sure gambar tu ada ramai orang. Bukan gambar kita sorang.

3. Gambar dari jarak jauh.
Bukan jarak yang terlalu dekat, sampai boleh kira berapa jerawat kat muka. Haha!

4. Gambar yang sopan dan beradab. Nampak lah ciri muslimah nya. Jangan pulak gambar antunna tengah merempit buat "wikang". Mak aihh.. parah.. haha.

5. Bergambar dengan mahram sahaja. Jangan ngada2 bergambar dengan yang bukan mahram, except ustaz dan alim ulama'. Kalau terpaksa untuk bergambar dengan yang bukan mahram atas faktor tertentu pun, tetap kena jaga batas, jaga jarak dan adab.

Setakat ni, itu je kot. Yang penting ikut syariah. 😊

Ana sangat "respect" dengan muslimat yang langsung tak ada satu pun gambar dia dalam akaun laman sosialnya.

Bila difikirkan kembali, sebab sebenar para wanita di luar sana yang masih upload gambar mereka adalah kerana,

1. JAHIL, kurang pengetahuan agama.
So, pakat-pakat lah share artikel ni kepada depa. Biar depa tahu. Hehe.

2. Sebab nak PUJIAN melangit setinggi menara berkembar petronas. Erk? HAha.

3. Sebab nak dapatkan LIKES banyak2 sampai ke tahap yang gila like tu pakai autolikes...?

4. Sebab nak FOLLOWERS bertambah. kalau boleh nak sampai berjuta-juta macam followers dato' siti 💁

5. Terikut-ikut orang yang "HOT" kat instagram yang suka upload gambar banyak2.
Buatpe hot kat dunia kalau kat neraka nanti pun kau "hot" jugak. That time.. nangis pun takde guna dah.

6. Upload sebab saja, HOBI. 😑
Orang macam ni disarankan untuk tukar hobi yang lebih baik. Ni alasan yang paling tak boleh pakai. Haha.

Sedar atau tak, sebab2 yang ana listkan serba sedikit tu, hanya nak memuaskan NAFSU antunna. Perasan tak? Kalau tak perasan lagi, mohon baca berulang kali sampai sedar.

Tak payah lah duk muncung2 mulut, macam duck face, pastu kembong2 pipi, serupa ikan kembong tu. Ingat comel ke?
Tambah lagi, tahap paling kritikal bila akhwat yang faham agama, bagus dah tutup litup, pakai niqab, nampak mata je,
tapi  + celak + contact lens + eyebrow + eyeshadow, pastu upload gambar selfie yang nampak mata je, sana sini. Nak bagi tahu satu dunia kot yang antunna paling solehah..? Allahu... tajdid niat balik, ukhti.

Ana lagi "respect", muslimah yang tak pakai niqab/purdah, tapi tahu MALU. Berbanding muslimah yang pakai niqab/purdah, tapi TAK TAHU MALU.
Berganda-ganda "respect" muslimah yang berniqab/purdah, malu menghiasi dirinya.

"Malu adalah MAHKOTA paling berharga bagi wanita"

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda,

إنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا ، وَإنَّ خُلُقَ الإسْلاَمِ الحَيَاء

“Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.” (HR. Ibnu Majah no. 4181. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hassan).

P/s : ana bukan menghukum kepada SEMUA pemakai niqab/purdah tu, bahkan anda adalah orang yang sangat hebat dan bertuah kerana menyarungkan pakaian mulia isteri2 nabi tu. Tapi ana tujukan teguran kepada SEGELINTIR "Si Pemakai" yang memakai pakaian mulia ini tanpa dihiasi dengan sifat malu sehingga menjadi fitnah kepada muslimat yang lain.

Muslimat, jangan jadi murah. Dengan murahnya menayang gambar dan wajah yang comel ni untuk tatapan yang bukan mahram. Jadi mahal, gambar yang comel2 tu sebaiknya disimpan, eksklusif untuk yang HALALAN sahaja.

Ana sarankan, yang hati mereka sudah mulai terjentik atau tersedar selepas membaca artikel ini, agar tidak bertangguh lagi untuk berubah menjadi wanita yang TAHU MALU. Segeralah buka semua akaun laman sosial anda, dan delete segala gambar yang perlu dipadam. Antunna padam bukan sebab ana suruh, atau mak ayah suruh, tapi niatkan,  kerana mengharapkan redha Allah semata. InsyaAllah, Allah pandang USAHA antunna untuk menjadi hambaNYA yang solehah.

Jadi pilihan ada di tangan anda.
Sama ada ingin menjadi ,

"FITNAH terbesar akhir zaman, atau sebaik-baik PERHIASAN dunia?"



Ampun dan maaf dipinta andai ada tersalah bahasa dan bicara. Moga bermanfaat bagi yang membaca.


Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan sebahagian kecil ilmu yang aku tahu bersendikan agamaMU kepada hamba-hambaMU. Moga Engkau Redha.

8 jun 2016
10:53 a.m
Cik Izel

Comments

  1. Best izel.. Mantap perkongsian😄

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang sangat mantap dan sesuai untuk umat akhir zaman, sangat sesuai dijadikan bahan bacaan bagi mereka yang mencari fitrah kehidupan beragama yang sebenar, cara penulisan yang sangat baik.. diharapkan dapat berkongsi lagi penulisan ilmiah seperti ini,, syukran 'ala kulli hal, wassalam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bagaimana cara nak lupakan Crush?

Apa itu CRUSH? Crush bermaksud orang lelaki/perempuan (ajnabi) yang kita suka dalam diam, minat, dan ingin tahu perkembangannya dan selalu terfikir fikir tentangnya. Dia tak tahu yang kita suka dia, dalam masa yang sama kita ada hasrat untuk meluahkan perasaan padanya. Dan kita turut berharap dia mempunyai perasaan yang sama pada kita pada waktu yang kau belum mampu menghalalkannya. Kalau mcm tu 👆 yang engkau rasa, maka BERTAUBATLAH. Imam Alghazali ada  menyebut: “Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…” Kenapa? Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?! Andai kata pernah TERpandang, rasa TERpesona dengan keindahan atau perwatakannya, (mohon baca perkataan *TER* tu berulang kali), tiba-tiba rasa macam suka dalam hati, itu NORMAL. Sebab memang lumrah lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki, ada semacam "attraction" antara sa...

Pengalaman SMA

All began when my aged at 16 years old. Pada usia ini mungkin pelajar yang bersekolah di SMK yang bukan beraliran agama akan menggelar sebagai tahun " honeymoon year". Yelah. Tak terikat dengan mana-mana exam besar kan. Tapi. Pelajar sekolah SAM yang beraliran agama ada peperiksaan yang dipanggil Sijil Menengah Agama atau "SMA". Memang tak ada istilah "honeymoon" langsung! Deret tahun kena struggle je. Eeerrkk. Struggle ke? >.< hehe... SMA ni pulak boleh tahan mencabar. Maddah-maddah dia semua nak kena hapal sampai kasi ummphh!!! Tambah lagi semua dalam Bahasa Arab. Tauhid Feqah, Tafsir Hadith, Nahu Sorof Mutola'ah, Tarikh Islam, Alqura Hafazan. Hemm. Memang lemah lah kalau kena kat orang yang tak suka menghafal dan yang tak minat bahasa arab ni~ Macam ana. PMR sangkut kat Bahasa Arab lah. Kalau tanya ana. Ana suka menghafal? Ana akan jawab "memang taklah". Actually ana amat lemah ye bab2 menghafal ni. Siapa yang spesis macam a...

Kasih Sayang Allah S.W.T

Islam. Agama yang sempurna dan menyeluruh. Ajaran agama Islam juga adalah realisitik dengan keadaan dan kesesuaian kehiduapan manusia. Manusia. Fitrahnya ingin dicintai dan disayangi. Namun sering kali salah meletakkan rasa cinta, kasih dan sayang pada tempat yang tidak sepatutnya. Rasa cinta dan kasih kepada ibu bapa, anak, lelaki atau wanita itu adalah fitrah. Dan Islam sama sekali tidak melarang untuk mencintai kepada semua itu. Namun, fitrah itu haruslah dikawal agar tidak memudharatkan. Sebagai analoginya, makan itu juga merupakan fitrah. Seandainya kita tidak mengawal fitrah dengan memakan makanan dengan terlampau banyak, maka ia akan menyebabkan obesiti. Sama juga halnya dengan Cinta. Manusia sering menanti cinta yang tidak pasti. Sedangkan ada cinta yang telah pasti dan hakiki. Malah andai dapat kita meraih cinta ini, sudah tidak ada apa yang lagi yang dapat menggembirakan di dunia ini jika dibandingkan dengan Cinta Agung dan ganjaranNya di akhirat nanti. Cuba hitung berapa...