Part 1
Menurut fakta, apabila manusia menginjak usia pertengahan remaja dalam lingkungan umur 18-25 tahun, waktu ini merupakan waktu mereka berkobar-kobar ingin bernikah dan mempunyai pasangan.
Aku tidak menyangkal fakta tersebut malahan aku merasakan ada kebenarannya. Soalnya, aku sendiri melihat buktinya depan mata ku sendiri.
Betapa ramai sahabatku yang tenggelam dalam cinta makhluk tanpa mengikut jalan yang Islam anjurkan, dan akhirnya perhubungan mereka hanya mendapat fitnah dan murkaNya.
Nauzubillah....
Persoalannya, apakah salah untuk jatuh cinta?
Subhanallah..... siapakah kita untuk menyalahkan atau menolak fitrah yang diberi olehNya???
Soalnya bukan itu. Tapi tentang bagaimanakah kita MENGURUS FITRAH tersebut ke arah jalan yang diREDHAI-Nya?
Lamunan ku terhenti seketika. Dek disapa oleh teman sekelas yang duduk bersebelahan denganku.
"Nur... Nur... oh Nur.. Jauh hang menung? Terpikir masa depan kah?"
Gurau Najah.
"Allahuakhbar.. hang ni.. buat aku terkejut je la.. nasib bek aku takda sakit jantung... salam mana salam?" Balasku.
"Ops. Maafkan saya.. Assalamulaikum wbt, Tuan puteri Al-Qasira Nur Torfina.. Hamba datang sebenarnya membawa hajat... emm.. sudi tak kiranya Tuan puteri menjadi pasangan hamba untuk mengalas perut bersama? Aku lapar la wey.. jom la makan. Dah rehat ni." Seloroh najah yang tampak benar-benar kelaparan.
Aku geli hati melihat gelagatnya. Sudah kenal benar aku dengan perangainya yang suka menghiburkan hati orang di sekelilingnya. Sikapnya yang ramah dan mesra itu membuatkan ramai yang senang mendekati dan ingin berkawan dengannya.
"Haa.. jom jom. Hari ni biar aku pulak belanje .....!" Pelawaku.
"Ehh.. mane boleh. Biar aku belanja. Kau nak ape? Cakap je, nanti aku belikan." Cantas najah.
"Aip... no no no.. semalam kau belanja, hari ni aku pulak belanja la... " balasku pula.
Beginilah kami kebiasaanya... sentiasa berebut ingin melebihkan sahabat yang lain berbanding diri sendiri atau dalam bahasa arabnya dipanggil 'itsar'. Penangan tali ukhwah yang diikat atas dasar redhaNya. Saling ingat mengingatkan antara satu sama lain pada Yang Maha Kuasa. Menyebabkan kasih sayang yang terbina bukan biasa-biasa, tetapi menjadi luar biasa!
Aku bersyukur Allah mempertemukan aku dengan seorang sahabat sebaik dia. Moga kami dapat berjiran di syurgaNya nanti! Ohh.. indahnya :)
Sewaktu aku dan Najah sedang menikmati makanan di kantin, cuping telingaku di curi dengan perbualan sekumpulan wanita yang duduk bersebelahan dengan meja kami. Mungkin terlalu seronok bercerita tentang keaiban orang, sehingga mereka tidak sedar perbualannya di dengari segenap penjuru kantin.
"Korang... aku ada cerita panassss ni... nak dengar tak?"
"Of coz....! Ce cite. Eksited gak nak dengar ni.."
"Aku dapat tahu, Balqis couple dengan Rayyan dow..!!"
"Weyyy.. kau biar betul..?? Balqis dah la Ketua Dakwah dan Tarbiyyah kot..! Serious la dorang couple? "
"Haa... kalau tak caye.. aku ada bukti... ada orang screenshot perbualan dorang.. bersayang sayang kot. Geli aku nak bace.."
"Pergh.. nasihat orang lebat.. tapi diri sendiri ke laut... cakap tak serupa bikin..."
Aku terdengar nama Balqis, sahabat sebilikku disebut-sebut. Ya Allah.. Fitnah apakah yang sedang menular pada temanku ini?? Aku jadi tak keruan. Rasa sakit hati turut tempias pada aku kerana aku merupakan sahabatnya.
Tanpa berfikir panjang, aku bersuara pada mereka dengan nada yang agak sinis,
"Seronok makan daging busuk saudara sendiri..? Sudah banyak pahala nak diberikan pada orang lain secara percuma?"
Mereka terdiam. Mungkin tersedar mereka sudah cakap terlalu lancang. Mereka jadi malu sendiri.
Selera makanku hilang. Lantas aku terus mengajak Najah untuk masuk ke dalam kelas 6Mutadayyin dengan derapan langkah yang laju.
"Ya Allah... sakitnya hati dengan mereka. Aku yakin apa yang mereka katakan tentang Balqis semuanya dusta belaka. Tak mungkin Balqis begitu. Kan Najah?"
Luah aku.
"Yaa... pada awalnya.. aku juga tak mahu percaya.. sampailah aku menyiasat sendiri perkara ni...." jawab Najah dengan nada yang agak sedih.
"Menyiasat?? Bila kau siasat? Apakah fitnah ini sudah lama tersebar??" Soalku dengan penuh tanda tanya.
"Sudah lama Nur.. aku tak sanggup nak bagi tahu pada kau. Sebab aku tahu, betapa sayangnya engkau pada Balqis. Sehinggalah engkau dapat tahu sendiri. "
Balqis merupakan teman sepermainanku dari kami berusia 5tahun lagi. Hubungan kami bagai isi dengan kuku. Ke mana ada dia, di situ ada aku. Ke mana ada aku, di situ ada dia. Kami selalu bersama. Jadi pabila ada yang mencubit paha kirinya, paha kanan ku yang akan terasa. Dialah antara asbab yang membuatkan aku lebih dekat dengan Rabb.
Akhlaknya begitu mempersona. Tutur bicaranya lembut bak sutera. Wajahnya saja mampu menawan hati sesiapa yang melihatnya. Dia beruntung kerana dibesarkan dalam kalangan keluarga yang kuat pegangang agama. Cukup sempurna di mataku. Aku bersyukur punya sahabat sesolehahnya.
"Tidak Najah.. tak mungkin.. aku kenal siapa Balqis.. pasti ada orang yang memfitnahnya. " aku masih pertahankan sahabatku itu.
"Sabarlah Nur... Hidayah itu milik Allah... Dia berkuasa untuk memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dia juga berkuasa untuk menarik kembali hidayah yang telah diberi. Terpulang pada engkau untuk percaya atau tidak. Tapi aku sarankan untuk kau sendiri siasat tentang kesahihan berita ini." Jawab Najah menenangkan aku.
Pada hari tersebut, Balqis tidak hadir ke sekolah. Aku juga musykil mengapa...sudah beberapa hari dia tidak datang.
" ahh.. biar nanti aku singgah sebentarlah ke rumahnya. Mungkin dia tidak sihat..."
Getus hati kecilku.
Aku menghentikan lamunan dengan memberikan tumpuan pada Ustaz Fahmi yang mengajarkan ilmu Tauhid dan Mantiq, maddah kegemaranku.
Bersambung....
Mohon sambungan nya di pantas kan...
ReplyDeletehahaha
Mohon sambungan nya di pantas kan...
ReplyDeletehahaha