Apa itu CRUSH?
Crush bermaksud orang lelaki/perempuan (ajnabi) yang kita suka dalam diam, minat, dan ingin tahu perkembangannya dan selalu terfikir fikir tentangnya. Dia tak tahu yang kita suka dia, dalam masa yang sama kita ada hasrat untuk meluahkan perasaan padanya. Dan kita turut berharap dia mempunyai perasaan yang sama pada kita pada waktu yang kau belum mampu menghalalkannya.
Kalau mcm tu π yang engkau rasa, maka BERTAUBATLAH.
Imam Alghazali ada menyebut:
“Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…”
Kenapa? Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!
Andai kata pernah TERpandang, rasa TERpesona dengan keindahan atau perwatakannya, (mohon baca perkataan *TER* tu berulang kali), tiba-tiba rasa macam suka dalam hati, itu NORMAL.
Sebab memang lumrah lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki, ada semacam "attraction" antara satu sama lain.
Tapi kena ingat, perasaan suka berlainan jantina tu memang normal. Tapi bila kau LAYAN perasaan tu, yang tak normal. Tu tanda *hati rosak*.
Jadi, nasihat saya.
First. Bila engkau tahu, belum sampai masanya untuk engkau memperisterikan seseorang atau bersedia untuk menjadi isteri orang, belum mampu, dan pada waktu itu hati engkau tersangkut pada seseorang, mohon segera LUPAKAN perasaan tu. Bila teringat si dia, cepat cepat ISTIGHFAR, INGAT ALLAH.
Bak kata Ibn Qayyim,
" orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan kepada harta."
Tapi kalau kau dah mampu, dah boleh nak kahwin, gunalah jalan syar'ie, jalan yang Allah redha. Bukan berlagho dengan si dia. Merisik la dirinya. Risik agamanya, akhlaknya dll. Gunakan jalan terhormat. Hormati walinya.
Ataupun gunalah orang tengah sebagai pengantara. Mak ke, ayah ke, sahabat yang dipercayai (yang dah kahwin) ke. Sebagaimana yang dilakukan oleh Khadijah RA yang menggunakan Maisarah sebagai pengantara saat melamar Rasulullah SAW. Ia menunjukkan adab dan akhlak yang tinggi. Lepastu kalau kau redha dengan agamanya, terus lah Nikah.
Kalau belum sampai masa. Berpuasalah. Puasa bukan setakad tahan lapar dan dahaga. Tapi tahan pandangan, mata, hati dan syahwat.
Antara tips2 nak lupakan CRUSH,
1) Cuba untuk elakkan berfikir tentang dia
Tiap kali teringat dia,
Letak tapak tangan kat dada,
Pejam mata.
Beristighfarlah.
Moga Allah jauhkan kita daripada penyakit Hati.
2) Kalau ada benda yang mengingatkan kita kepada dia, buang.
Contoh macam dia pernah kasi hadiah ke, mesej2 lama dengan dia ke, gambar die atau apa2 saja benda yang buat kita teringat dia, BUANGLAH!
Kalau boleh, BLOCKED terus segala account die, fb, twitter, instagram.. agar kau tak payah ambil tahu lagi pasal dia.
3) Tukar mindset dan tetapkan pendirian.
Tetapkan pendirian kau. MUJAHADAH!
Katakan pada diri.
"Aku nak lupakan dia, hanya kerana ALLAH SWT semata"
Betulkan niat yang utama.
4) Dahulukan Allah dalam segalanya.
Ini yang paling penting. Siapa yang mencipta hati kita?
"Allah."
Tapi.... alangkah biadapnya kita menyerahkan hati pada makhlukNYA , bukan padaNYA.
Jangan engkau tipu mengatakan cinta Allah kalau ada cinta AJNABI di dalam hati. Kerana MAKSIAT dan redhaNYA takkan bersatu di dalam satu hati.
5) Sibukkan diri dengan Majlis Ilmu dan Dakwah&Tarbiyyah.
Kalau kita sibuk dengan aktiviti2 kemasyarakatan, kebajikan, rajin datang Majlis Ilmu, Aktif berdakwah mengislah masyarakat, Belajar,
Maka kita tak akan ada masa untuk BERCINTA atau terfikir-fikir orang yang kita suka.
"Kenapa asyik terfikir tentang dia? "
Jawapannya kerana kita ada terlalu banyak masa lapang yang dibiarkan berlalu sia-sia. Asyik menghadap handphone, gadjet, tv dan game. Allahuakhbar.
Jadi. Isi masa lapang. Manfaatkan masa muda sebaiknya dengan aktiviti yang berfaedah.
6) Kurangkan bercakap tentang dia
Bila kita suka seseorang, automatik kita akan suka sebut nama dia, kita suka cerita tentang dia, pada kawan2 kita. Walaupun hanya sekadar bergurau dan berjenaka. Ia tetap mampu memberi kesan pada hati. Jadi. Jaga percakapan.
*Bagaimana cinta yang Allah redha??*
Ibn Qayyim pernah berkata,
“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinya akan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
Kita kena highlight ayat,
*iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!*
Bukan cinta seorang lelaki kepada wanita yang ajnabi.
Dapat?
Ibn Qayyim berkata,
"orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya."
Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adalah hadis palsu
Konklusinya, tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan CRUSH. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.
Cuba bayang...
Apakah yang nabi dan sahabat akan rasa bila mereka tahu yang kita masih lagi ada ruang untuk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang NAZAK?
Muhasabahlah. Menangislah. Berubahlah.
Sama2 kita berubah.π
#sebarkanandaibermanfaat
Saksikanlah Ya Allah, bahawasannya aku telah sampaikan sebahagian kecil ilmu yang aku tahu bersendikan agamaMu kepada hamba-hambaMu .
Moga peroleh redhaMu,
Cik IzelπΉ
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih.. saya suka entri ini..
ReplyDeletesama2 moga peroleh manfaatπ
Delete:')
ReplyDeletealhamdullilah hanya ucapan terima kasih yang terungkap di bibir ini .
ReplyDeleteTerima kasih atas entry yg sngt mmbantu sya.
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSyukron
ReplyDeleteThank you very much . Its open my mind
ReplyDeleteTq....dpt membuka mata hati saya ni....bnyk lg benda yg saya nk blajar...tq so much....
ReplyDeleteTrm kasih...aku diduga tersuka seorang lelaki dlm diam..tidak pernah kusangka akan terjadi pada diriku πππ©π© kerana aku sudah bersuami dan kutahu itu adalah dosa besar...aku tau,ini adalah panahan syaitan yg ingin merosakkan aku dan rumah tanggaku...setiap masa aku berdoa pada Allah agar melupakan lelaki tersebut yg juga suami org...kami tidak pernah berbual, apatah lagi berbalas whatssap,jika ada tahun ini pun sekali dua shj berkaitan hal kerja...tapi entah knp tiba2 hati aku jadi jahat, tersuka tanpa sedar ππ☹️☹️...aku benci perasaan ini kerana ku tahu Haram...setiap hari, aku stalk fb nya walau dia bukanlah friends aku di fb pun...akan kulawan perasaan ini habis2an dan terima kasih berkongsi tips ini buat diriku insan syok sendiri dan penuh dengan kekhilafan ini...π’π’π§π§
ReplyDelete99% sama dgn situasi saya sbg isteri orang ni. Cuma bezanya si dia itu tahu saya suka dia dan dia juga suka pd saya. Memang susah nak lupakan dan tolak tepi. Tapi saya sentiasa cuba..Allah tolonglah hambamu ini..amin.
Deleteterime kasih atas entry ini.. sangat2 memberi kesan dan ilmu yang bermanfaat.
ReplyDeletePerkongsian yang sgt baik... :)
ReplyDeletetq cik izel. Semua penulisan cik buat tersentap dan betul2 menusuk dalam hati saya:)
ReplyDeleteTerima kasih,ia sangat bermanfaatπ
ReplyDeleteDubai sahibahku sekelian, bersabarlah dgn ujian crush ini, ingatlah Dan laksanakanlah yg psananan yg tlh disampaikan, diri ini juga dilanda perasaan itu, tp mesti ttp berjuang melawan perasaan Lara...kita akan teruskan selagi hayat Masih ada π
ReplyDeleteTak berkesan pum
ReplyDeleteAlhamdulillah trm ksh share ye akak....sgt² brmanfaat kpd saya...saya doakan akak dimurahkan rezeki dan bhgia dunia akhirat bersama dgn org tersayang.
ReplyDelete