Skip to main content

Tahan Dirimu Ukhti... 🌹



Tahan dirimu ukhti...
.
Ketika orang lain dengan kalimat pedasnya mencela pakaian dan tudung labuhmu seperti orang yang ketinggalan zaman. Tak perlu marah, atau balik mencela. Cukup doakan saja mereka lekas diberi hidayah agar mereka tahu bahawa pakaianmu adalah bentuk usahamu untuk mentaati perintah Rabb-Mu.
.
Tahan dirimu ukhti...
.
Ketika seorang lelaki mengagumimu, mengaku mencintaimu dan memintamu untuk menjadi kekasihnya. Jangan menerimanya ukhti. Tolaklah dengan penuh ketegasan. Ingatlah bahawa tidak ada ikatan sebelum pernikahan. Yakinlah bahawa, lelaki yang serius mencintaimu akan menikahimu bukannya ajak berpacaran.
.
Tahan dirimu ukhti...
.
Saat yang lain bebas menyebarkan kecantikan dengan gambar selfienya di facebook dan instagram. Tetaplah sembunyikan kecantikan dan keindahanmu. Hanya orang pilihanNya yang berhak atas menikmati cantikmu. Ingatilah bahawa bidadari syurga tak hanya terkenal dengan kecantikannya, namun juga terkenal akan sifat pemalunya.
.
Ramai yang mengatakan hijrah itu susah. Padahal yang jauh lebih susah adalah bagaimana kita mampu untuk istiqamah dengan jalan hijrah kita.
.
Istiqamah dalam hijrah adalah tentang bagaimana kita boleh menghindarkan diri dari perbuatan dosa. Dan juga tentang bagaimana kita boleh menahan diri untuk tidak lagi kembali pada kebiasaan jahiliyah di masa lalu kita.
.
Maka bagimu akhwatfillah...
yang saat ini dalam proses berhijrah. Teruslah bersemangat di jalan ini. Yakinlah bahawa disebalik kesabaranmu dalam menahan diri dari segala godaan dunia kelak akan memdapat balasan terindah dari-Nya.

Ingatan ini buat diriku yang penuh khilaf jua😌

#CikIzel

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana cara nak lupakan Crush?

Apa itu CRUSH? Crush bermaksud orang lelaki/perempuan (ajnabi) yang kita suka dalam diam, minat, dan ingin tahu perkembangannya dan selalu terfikir fikir tentangnya. Dia tak tahu yang kita suka dia, dalam masa yang sama kita ada hasrat untuk meluahkan perasaan padanya. Dan kita turut berharap dia mempunyai perasaan yang sama pada kita pada waktu yang kau belum mampu menghalalkannya. Kalau mcm tu 👆 yang engkau rasa, maka BERTAUBATLAH. Imam Alghazali ada  menyebut: “Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…” Kenapa? Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?! Andai kata pernah TERpandang, rasa TERpesona dengan keindahan atau perwatakannya, (mohon baca perkataan *TER* tu berulang kali), tiba-tiba rasa macam suka dalam hati, itu NORMAL. Sebab memang lumrah lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki, ada semacam "attraction" antara sa...

Kasih Sayang Allah S.W.T

Islam. Agama yang sempurna dan menyeluruh. Ajaran agama Islam juga adalah realisitik dengan keadaan dan kesesuaian kehiduapan manusia. Manusia. Fitrahnya ingin dicintai dan disayangi. Namun sering kali salah meletakkan rasa cinta, kasih dan sayang pada tempat yang tidak sepatutnya. Rasa cinta dan kasih kepada ibu bapa, anak, lelaki atau wanita itu adalah fitrah. Dan Islam sama sekali tidak melarang untuk mencintai kepada semua itu. Namun, fitrah itu haruslah dikawal agar tidak memudharatkan. Sebagai analoginya, makan itu juga merupakan fitrah. Seandainya kita tidak mengawal fitrah dengan memakan makanan dengan terlampau banyak, maka ia akan menyebabkan obesiti. Sama juga halnya dengan Cinta. Manusia sering menanti cinta yang tidak pasti. Sedangkan ada cinta yang telah pasti dan hakiki. Malah andai dapat kita meraih cinta ini, sudah tidak ada apa yang lagi yang dapat menggembirakan di dunia ini jika dibandingkan dengan Cinta Agung dan ganjaranNya di akhirat nanti. Cuba hitung berapa...

Gagal dalam peperiksaan?

Tulisan ini aku tujukan khas buat mereka yang merasakan "gagal" dalam pelajaran. Mereka yang merasakan "down" tatkala menerima slip peperiksaan, namun keputusannya tidak seperti yang diimpikan. Teman, Saat kau merasakan kecewa dengan keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan, bersangka baiklah dengan Allah. Inilah suratan takdirNYA buat dirimu. Lupakah dikau bahawa Dia Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib? Dia lebih tahu apa yang terbaik buat engkau. Maka percayalah, keputusan yang ada di genggamanmu itu adalah yang TERBAIK. Yakin lah bahawa setiap aturanNYA terselit 1001 hikmah yang indah di sebaliknya. Kerana dengan keyakinan membuat kau percaya, "kejayaan di dunia hanya sementara, kejayaan akhirat yang abadi selamanya." Teman, Allah bukan tidak mahu memakbulkan doamu. Dia juga tahu engkau sudah usaha sehabisNYA. Tetapi percayalah, Allah sedang menangguhkan kejayaan  buatmu pada masa, waktu, dan hari lain yang lebih tepat untuk kau mer...