Skip to main content

Posts

Pertunangan, Hari Bahagia...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan-akan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Ya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah (pertolongan) Illahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, menunggu saat untuk tergelincir jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyah dan terus memimpinku melangkah dengan tabah.  Aku hanya seorang hamba. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalanku juga menggunakan dua kaki, lihatku juga menggunakan dua mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan li...

Tahan Dirimu Ukhti... 🌹

Tahan dirimu ukhti... . Ketika orang lain dengan kalimat pedasnya mencela pakaian dan tudung labuhmu seperti orang yang ketinggalan zaman. Tak perlu marah, atau balik mencela. Cukup doakan saja mereka lekas diberi hidayah agar mereka tahu bahawa pakaianmu adalah bentuk usahamu untuk mentaati perintah Rabb-Mu. . Tahan dirimu ukhti... . Ketika seorang lelaki mengagumimu, mengaku mencintaimu dan memintamu untuk menjadi kekasihnya. Jangan menerimanya ukhti. Tolaklah dengan penuh ketegasan. Ingatlah bahawa tidak ada ikatan sebelum pernikahan. Yakinlah bahawa, lelaki yang serius mencintaimu akan menikahimu bukannya ajak berpacaran. . Tahan dirimu ukhti... . Saat yang lain bebas menyebarkan kecantikan dengan gambar selfienya di facebook dan instagram. Tetaplah sembunyikan kecantikan dan keindahanmu. Hanya orang pilihanNya yang berhak atas menikmati cantikmu. Ingatilah bahawa bidadari syurga tak hanya terkenal dengan kecantikannya, namun juga terkenal akan sifat pemalunya. . Ra...

Gagal dalam peperiksaan?

Tulisan ini aku tujukan khas buat mereka yang merasakan "gagal" dalam pelajaran. Mereka yang merasakan "down" tatkala menerima slip peperiksaan, namun keputusannya tidak seperti yang diimpikan. Teman, Saat kau merasakan kecewa dengan keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan, bersangka baiklah dengan Allah. Inilah suratan takdirNYA buat dirimu. Lupakah dikau bahawa Dia Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib? Dia lebih tahu apa yang terbaik buat engkau. Maka percayalah, keputusan yang ada di genggamanmu itu adalah yang TERBAIK. Yakin lah bahawa setiap aturanNYA terselit 1001 hikmah yang indah di sebaliknya. Kerana dengan keyakinan membuat kau percaya, "kejayaan di dunia hanya sementara, kejayaan akhirat yang abadi selamanya." Teman, Allah bukan tidak mahu memakbulkan doamu. Dia juga tahu engkau sudah usaha sehabisNYA. Tetapi percayalah, Allah sedang menangguhkan kejayaan  buatmu pada masa, waktu, dan hari lain yang lebih tepat untuk kau mer...

Sahabat Solehah penguat Hijrah💕

Sungguh.  Saat kau ingin berhijrah, kau sangat memerlukan sahabat yang mampu pimpin kau semakin dekat denganNYA. Dengan siapa kita bersahabat, benar-benar mempengaruhi gaya hidup kita.  Kerana sahabat merupakan cerminan diri kita.  Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,  " Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau boleh membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan pandai besi, boleh jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap. ” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628) Namun persoalannya,  "Bagaimana hendak tahu sama ada seseorang itu sahabat yang baik atau tidak?" Ibnu Qudamah Al Maqdisi rahimahullah ade menjelaskan antara ciri-ciri sahabat yang baik, beliau berkata...

Tudung Labuh Untuk Ustazah?

Typical Malaysian today, Nampak muslimah bertudung labuh litup lalu... They will be like.... "Assalamualaikum USTAZAH.... " Then. Gelak sakan. #membahan 😂😂😂 Chop! Memang orang yang pakai tudung labuh, berpurdah/niqab, berstokin tu just untuk USTAZAH ke? Cuba kita lihat dalam surah an-nur ayat 31, Allah s.w.t berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang(biasa) nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya..." Daripada ayat ni, sudah terang lagi bersuluh Allah perintahkan KEWAJIPAN kepada semua muslimah untuk melabuhkan tudung melebihi dada. So apa maknanya kat situ..? "Tudung labuh, bukan hanya untuk USTAZAH, tapi untuk semua wanita yang bergelar MUSLIMAH." Sebaik-baik pakaian adalah pakaian yang boleh terus bawa untuk solat. Kalau agak-agak nak solat, tapi tiba-ti...

Ulama' Pewaris Nabi

"Para ulama' itu pewaris Nabi" Dan ingatlah. Tatkala akhir zaman, kejahilan akan menular, kerana Allah SWT akan mewafatkan para alim ulama'. Kemudiannya, manusia akan mengangkat orang yang Jahil menjadi pemimpin. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengisyaratkan hal ini dalam sabdanya yang diriwayatkan Abdullah bin ‘Amr ibnul ‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِباَدِ، وَلَكِنْ بِقَبْضِ الْعُلَماَءِ. حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عاَلِماً اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْساً جُهَّالاً فَسُأِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا “ Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa ...

Aku Ada Allah!

Sebagai manusia biasa, Memang kita tak dapat lari daripada melakukan dosa. Namun fitrahnya, kita akan merasa resah dengan kejahatan. Dan rasa tenang dengan kebaikan. Itu fitrahnya.  Dan saat diri bergelumang dengan dosa, maksiat, Hati akan terasa kosong,  Kehidupan rasa seperti tiada apa. Sehingga kita tercari-cari, "Di manakah silapnya?" Rupanya, kita makin jauh dari Sang Pencipta. 😢 Rupanya DIA masih sayang kita, DIA jentik hati kita, untuk menyesali atas perbuatan dosa yang telah kita lakukan.  Sungguh. Tiada lain yang suka memberi maaf lebih daripadaNYA.  Biarkan manusia mengatamu, "Kau tak layak berubah" Katakan kembali kepada mereka, "Aku punya Allah!" Utamakan expactation ALLAH. Abaikan expactation Manusia. Sama2 kita berubah!  Menjadi hambaNYA yang lebih bertakwa.  😊