Mungkin hari ini kita adalah hamba yg taat. Beribadah penuh semangat, Sedaya upaya menolak maksiat. Sentiasa istiqamah dlm beribadat. Tiba suatu hari Allah datang menguji. Dengan apa? Dengan Dia tiupkan rasa hati, & Dia campakkan satu perasaan. "JATUH HATI". Dan akhirnya terhumbanlah kau ke dalam lembah cinta makhluk. Yang pastinya akan ada perubahan. Dari hari ke hari, Solat makin low kualiti. Tahajjud selang seli. Zikir pun dah semakin kurang dari hari ke hari. Sehinggalah lama kelamaan kau hilang sedikit demi sedikit dari bayangan Tuhan. Terus lenyap. Hilang. Wow ! Tahniah ! Kau dalam fasa bahagia. Ya ! Bahagia ! Bahagia dalam lautan cinta manusia. Yang penuh dengan keindahan keindahan. Ketika sedang lena dibuai keindahan cinta, Allah datang sekali lagi untuk menguji. Apa yang Allah lakukan ? Allah hancurkan hubungan itu, Dengan asbab si dia berubah hati. Allah beri rasa sakit hati. Kau menangis. Kau merintih semahu...