Skip to main content

Bagaimana Cara Nak Melupakan Ajnabi???



SESI Q&A AKAK BERSAMA ADIK-ADIK SYURGA 🌸

Q: "Assalamualaikum wbt kak😌

 Saya minat pada seseorang. Dan saya selalu teringat ingatkan dia. Bagaimana cara nak melupakan ajnabi??? "

πŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒ

A: "First of all, sama-sama kita muhasabah, tanya pada hati,

"Siapa yang sedang beraja di hati tika ini? Allah atau makhlukNYA?"

Nak tahu siapa yang beraja? cuba fikirkan siapa yang kita selalu ingat. DIA atau si dia?

Allahu..πŸ˜”

Ustazah pernah pesan, bila mana, hati kita, dikuasai oleh makhlukNYA melebihi Sang Khaliq, maka dikhuatiri akan jatuh SYIRIK KECIL. Bila mana melebihkan benda lain selain Allah SWT hatta walau hanya dalam hati. Nazubillahiminzalik.

Jadi.. peri pentingnya untuk membersihkan hati kembali.

Once kita asyik teringat-ingat seseorang dalam hati kita, tambahan pula orang yang haram(ajnabi) , maka ketahuilah bahawa hati kita sedang sakit asbab ZINA HATI.

Macam mana nak rawat?
Sungguh akak tak layak untuk membahaskan mengenai hal ini. Hati akak sendiri saja masih kotor. Allahurobbi.😭 Namun sama-sama kita Mujahadah untuk membersihkan hati.

Antara perkara yang kita boleh mujahadahkan untuk buang sejauh jauhnya ajnabi dalam hati:

1.  *Jaga ikhtilat*

Ramai orang failed bab jaga ikhtilat. Sebab syaitan licik. Fitrah manusia untuk interest pada yang berlawanan jantina itu harus di KAWAL. Kalau adik layan perasaan tu, itulah punca adik asyik teringat ingatkan si dia. Sebab awak layan perasaan tu. So usaha untuk DELETE atau lupakan perasaan tu!

 Jangan biar benda haram menguasai hati dan fikiran. Sebab tu kena jaga ikhtilat. Bila awak tak jaga ikhtilat, awak akan mudah jatuh cinta, hari ni suka kat Si Ali, esok rasa suka dekat Ahmad pula, lusa pula suka Atan. Bila awak mudah jatuh cinta pada yang haram, maka rosaklah hati.

Ustaz Adnin Roslan pernah berkata,

"Banyak berbicara dengan ajnabi pada perkara yang tidak perlu, boleh mematikan hati. "

😭😭😭

KAlau awak tak mampu nak jaga, cari jalan agar awak tak dapat contact ajnabi lagi pada perkara yang tak berkepentingan. Antara cara2 yang awak boleh buat,

1. Unfriend/unfollow ajnabi di laman sosial sama ada fb, insta, dll agar awak tak payah ambil tahu lagi perkembangan mereka.

2. Block ajnabi yang selalu kacau awak.

3. Unsaved their contact number on your phone.

Try it. It really work.  πŸ‘

2.  *Jaga pandangan*

Mata. Adalah senjata syaitan paling power. Sebab tu ada pepatah, "dari mata turun ke hati" yups. Syaitan akan terus panah hati kita hanya melalui pandangan mata je. Sebab tu dalam surah annur, Allah ada memerintahkan supaya lelaki dan wanita, menundukkan pandangan daripada melihat perkara yang haram. Connection between mata dan hati sangatlah kuat. Jadi.... lower your gaze. Tundukkan lah pandangan. Haram usya2 si dia bila mana ia bakal membuatkan kau jatuh ke lembah zina hati.

3.  *Berusaha menimbulkan rasa khusyuk dalam solat*

Hati. Bila da dikuasai dunia..memang susah nak dapat rasa khusyuk. Bila kali terakhir kita khusyuk agaknya?? Allah 😒

Hatta para sahabat sendiri pun susah nak hadirkan rasa khusyuk dalam solat. Apatah lagi kita umat akhir zaman yang imannya senipis kulit bawang ni kan..? Biarpun susah untuk mendatangkan rasa khusyuk tu, namun BERUSAHALAH UNTUK KHUSYUK! Usaha semampunya. Memang kalau pun belom sampai lagi tahap khusyuk, tp at least kita berusaha untuk khusyuk. Bila mana solat kita khusyuk, kita bakal merasakan kemanisan dalam melakukan ibadah. Bila kita rasakan seronok melakukan ibadah, tiada apa lagi di hati kita yang lebih mengujakan selain mengingati Allah πŸ˜„

4. *Perbanyakkan berzikir dan mengingati Allah*

Bila hati terkenangkan si dia je, terus cepat-cepat Istighfar.

Pejam mata, pegang hati, katakanlah,

"Astaghfirullahal'azim.. tiada yang lebih layak untuk aku ingati selainMu Ya Rabb😌"

Alangkah derhakanya kita sebagai hamba. Dia tak pernah melupakan hambaNYA walau sedetik cuma. Tapi kita... betapa sikit sekali mengingatiNYA. 😭 Hayatilah hadis Qudsi ini, nesacaya kau akan jatuh cinta pada Sang pencipta. Betapa sweetnya DIA πŸ’˜

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Allah Ta'ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (Hadits ditakhrij oleh Bukhari).

5. *Sibukkan diri dengan ibadah dan amal kebaikan*

Kita kena manfaatkan masa. Jangan biarkan masa berlalu sia2. Nikmat yang manusia sering dustai adalah nikmat masa lapang. Bila masa lapang, hanya bazirkan dengan perkara lagho dan sia2.

Isikanlah masa dengan isi rohani, sibukkan diri dengan dakwah dan tarbiyyah. Tiap kali ada waktu lapang, datanglah majlis ilmu, pergi berusrah, join program2 amal dan sukarelawan, bantu Ummah kat luar sana yang sedang kesusahan, tolong keluarga di rumah, dan macam2 benda yang boleh dibuat selain melayan perasaan teringatkan si dia. Allahurobbi.

Akak ulang sekali lagi. Sibukkan diri dengan dakwah & tarbiyyah.

Bila awak sibukkan diri awak, awak takkan ada masa dah untuk fikir benda remeh temeh macam
"Siapa bakal imamku.."
"Siapa tulang rusuk belakangku.."
Allahuakhbar.

Jangan biar diri terpedaya dangan hasutan syaitan, nafsu serakah dan dunia yang penuh tipu daya.

"Antara salah satu helah iblis nak merosakkan manusia adalah dengan menyibukkan manusia berfikir soal jodoh dan melupakan manusia soal kematian."

#IngatMati

AKhir kata.
Tanyakan pada diri,
"Apakah kewujudan aku di dunia ini berguna untuk pembangunan Ummah?"

Akak tulis dari hati, moga sampai ke hati yang membaca 😌
Maaf andai ada salah dan silap.
Wassalam. πŸ˜‰

#CikIzel

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bagaimana cara nak lupakan Crush?

Apa itu CRUSH? Crush bermaksud orang lelaki/perempuan (ajnabi) yang kita suka dalam diam, minat, dan ingin tahu perkembangannya dan selalu terfikir fikir tentangnya. Dia tak tahu yang kita suka dia, dalam masa yang sama kita ada hasrat untuk meluahkan perasaan padanya. Dan kita turut berharap dia mempunyai perasaan yang sama pada kita pada waktu yang kau belum mampu menghalalkannya. Kalau mcm tu πŸ‘† yang engkau rasa, maka BERTAUBATLAH. Imam Alghazali ada  menyebut: “Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…” Kenapa? Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?! Andai kata pernah TERpandang, rasa TERpesona dengan keindahan atau perwatakannya, (mohon baca perkataan *TER* tu berulang kali), tiba-tiba rasa macam suka dalam hati, itu NORMAL. Sebab memang lumrah lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki, ada semacam "attraction" antara sa...

Pengalaman SMA

All began when my aged at 16 years old. Pada usia ini mungkin pelajar yang bersekolah di SMK yang bukan beraliran agama akan menggelar sebagai tahun " honeymoon year". Yelah. Tak terikat dengan mana-mana exam besar kan. Tapi. Pelajar sekolah SAM yang beraliran agama ada peperiksaan yang dipanggil Sijil Menengah Agama atau "SMA". Memang tak ada istilah "honeymoon" langsung! Deret tahun kena struggle je. Eeerrkk. Struggle ke? >.< hehe... SMA ni pulak boleh tahan mencabar. Maddah-maddah dia semua nak kena hapal sampai kasi ummphh!!! Tambah lagi semua dalam Bahasa Arab. Tauhid Feqah, Tafsir Hadith, Nahu Sorof Mutola'ah, Tarikh Islam, Alqura Hafazan. Hemm. Memang lemah lah kalau kena kat orang yang tak suka menghafal dan yang tak minat bahasa arab ni~ Macam ana. PMR sangkut kat Bahasa Arab lah. Kalau tanya ana. Ana suka menghafal? Ana akan jawab "memang taklah". Actually ana amat lemah ye bab2 menghafal ni. Siapa yang spesis macam a...

Kasih Sayang Allah S.W.T

Islam. Agama yang sempurna dan menyeluruh. Ajaran agama Islam juga adalah realisitik dengan keadaan dan kesesuaian kehiduapan manusia. Manusia. Fitrahnya ingin dicintai dan disayangi. Namun sering kali salah meletakkan rasa cinta, kasih dan sayang pada tempat yang tidak sepatutnya. Rasa cinta dan kasih kepada ibu bapa, anak, lelaki atau wanita itu adalah fitrah. Dan Islam sama sekali tidak melarang untuk mencintai kepada semua itu. Namun, fitrah itu haruslah dikawal agar tidak memudharatkan. Sebagai analoginya, makan itu juga merupakan fitrah. Seandainya kita tidak mengawal fitrah dengan memakan makanan dengan terlampau banyak, maka ia akan menyebabkan obesiti. Sama juga halnya dengan Cinta. Manusia sering menanti cinta yang tidak pasti. Sedangkan ada cinta yang telah pasti dan hakiki. Malah andai dapat kita meraih cinta ini, sudah tidak ada apa yang lagi yang dapat menggembirakan di dunia ini jika dibandingkan dengan Cinta Agung dan ganjaranNya di akhirat nanti. Cuba hitung berapa...