SESI Q&A CIK IZEL BERSAMA ADIK-ADIK SYURGA 🌸
Q: Assalamualaikum wbt kak,
Saya ada masalah untuk bangun qiam ..macam mana kan Kak, kita nak paksa diri kita umtuk bangun..mcm mana nak ketepikan nafsu untuk tidur?
Macam mana nak mujahadah tu..org selalu ckp mesti merasa keberadaan Allah ..so macam mana kita nak wujudkan rasa tu dalam diri kita?
Kadang² kita dah terjaga tapi mind set kata "ala tidur jela nanti Kau x cukup tidor"..(time nak qiam)..so mcm mana kita nak ubah mind set kita supaya berfikir positif buat diri kita bila fikir benda tu je kita terus bgun dan tak sambung tidur..
Maaf la Kak tanya soalan banyak²..maaf menganggu..😔
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
A : Walaikumussalam wbt Dik. ☺
Pertama tamanya, akk tak layak langsung untuk utarakan pandangan berkenaan hal ini. Kerana akak sendiri saja masih belum mampu istiqamah untuk bangun setiap malam. Masih lagi work hard untuk mujahadah. Cumanya. Kalau awak minta pandangan, akak bole beri serba sedikit yang selalu akak amalkan.
1. Tidur awal. Sebab nak bangun awal, kene la tidur awal. At least, pukol 10 da tidur da. kalau tak pon jangan smpai jam 12.
2. Tidur Qailullah. Tidur seketika sebelum zohor membantu memberi tenaga pada kita untuk bangun malam.
3. Pasang Alarm, atau minta family atau sahabat kejutkan bangun tidur.
4. Jaga adab sebelum tidur, ambil wuduk, Al mulk,baca ayt qursi, 3qul, doa tidur.
5. Berkehandak dengan sungguh2 untuk bangun! Mindset sebelum tidur, "esok aku nak qiam! Tak kire, aku nak Qiam jugak! Ya Allah kejut aku ya Rabb!"
6. Pelihara diri daripada melakukan maksiat. Kalau kita buat maksiat di pagi hari, maka Allah takkan kejut kita di malam hari.
Try dri no1-no6. Cuba. Cuba. Cuba. Dan terus mencuba. jangan pernah putus asa. Once awak dapat bangun, dan dapat kecapi ketenangan tatkala bertemu Allah di malam 1/3, nescaya awak akan ketagih untuk lakukan lagi, lagi, dan lagi. Rindu mahu ketemunya lagi. Percayalah.
Dan , kalau adik nak tambahkan semangat lagi untuk bangun qiam, baca sebanyak banyaknya berkenaan fadhilat dan kelebihan bagi orang2 yang bangun malam. Nescaya adik akan termotivasi dan penuh tekad untuk bangun.
Qiamullail. Wajib bagi Rasulullah SAW. Dan sunat yang sangat dituntut bagi Ummatnya. Juga amalan para sahabat , tabiin dan parasalafussoleh. Alangkah ruginya kita andai tidak mengikut jalan ini menuju Redha Sang pencipta.
InsyaAllah. Awak dapat kekuatan rohani yang hebat. Bila Qiamullail menjadi amalan. 💪
Kalau tak mmpu istiqamah tiap hari. At least, dalam seminggu tu 3,4 kali buat atau sekali pon jadi lah , asal jgn tinggal langsung.
Awak boleh juga guna kaedah MEMANIPULASIKAN SYAITAN.
Bagaimana? Menarik bunyinya kan? Tetapkan denda dlm bentuk kebaikan atau kebajikan, tiap kali tertinggal Qiam.
Contoh awak boleh bersedekah, amal jariah, atau kalau akk, tiap kali terlajak bangun Qiam, akak akan denda diri akak dengan lakukan Taubat tiap waktu.
So kat situ, syaitan akan confiuse nak hasut kita,
Syaitan :"Alamak, nak hasut die bangun Qiam atau tak ye? Kalau dia tak bangun Qiam, dia taubat banyak kali. lagi parah. Adush! "
Haa. Gituw. Try it. It working 👍
If kita mamnu'(period), still bukan alasan untuk kita tak bangun Qiamullail.
Ini kerana Qiamullail itu adalah
BANGUN SEBAHAGIAN MALAM UNTUK MENGINGATI TUHAN.
Jadi, apa-apa perkara yang boleh buat awak ingat Allah, it calls Qiamullail. Bertasbih, berzikir, istighfar, berdoa, baca tafsiran Quran, baca buku ilmiah yang islamik, dengar ayat suci Al Quran, dan macam-macam lagi yang awak mampu istiqamahkan.
Benda paling malas sekali pun kalau awak terjaga tengah malam,
Tadahlah tangan, baca doa, mohon ampun pada Allah, pastu tidur balik.
Tapi Ini bagi yang malas tahap kritikal la. Okey ape. Asalkan ada usaha untuk Qiamullail daripada nothing.
Tak susah pun nak Qiam . Kan? 😊
Dik, mujahadah tu memang melelahkan. Kerana dunia ini memang tempat berpenat.
Hanya di syurgaNya tempat berehat yang kekal abadi.
Hasan al-Bashri juga pernah berkata, bahawa sesungguhnya orang yang telah melakukan dosa, akan terhalang dari Qiamullail. Ada seorang bertanya kepada orang soleh: “Saya tidak dapat bangun untuk Qiyamullail, maka beritahukanlah apa yang harus saya lakukan?” Orang soleh itu berkata: “Jangan engkau bermaksiat kepadaNya pada waktu siang, nescaya Dia akan membangunkanmu untuk beribadah kepadaNya, diwaktu malam.” Di dalam suatu riwayat, Sufyan ats-Tsauri mengatakan: “Aku terhalang untuk melakukan Qiyamullail selama lima bulan, akibat dari satu dosa yang aku lakukan.”
Buat renungan bersama.😌
Moga adik terus berada atas jalan penghijrahan menuju redhaNya!
Terus melangkah! Jangan rebah!
Infiru! 💪😊
#CikIzel
Comments
Post a Comment