Skip to main content

[UJIAN HATI] 💘





Mungkin hari ini kita adalah hamba yg taat.

Beribadah penuh semangat,
Sedaya upaya menolak maksiat.

Sentiasa istiqamah dlm beribadat.

Tiba suatu hari Allah datang menguji.

Dengan apa?

Dengan Dia tiupkan rasa hati,
& Dia campakkan satu perasaan.

 "JATUH HATI".

Dan akhirnya terhumbanlah kau ke dalam lembah cinta makhluk.

Yang pastinya akan ada perubahan.

Dari hari ke hari,
Solat makin low kualiti.
Tahajjud selang seli.
Zikir pun dah semakin kurang dari hari ke hari.
Sehinggalah lama kelamaan kau hilang sedikit demi sedikit dari bayangan Tuhan.

Terus lenyap.
Hilang.

Wow !
Tahniah !
Kau dalam fasa bahagia.
Ya !
Bahagia !

Bahagia dalam lautan cinta manusia. Yang penuh dengan keindahan keindahan.

Ketika sedang lena dibuai keindahan cinta,
Allah datang sekali lagi untuk menguji.

Apa yang Allah lakukan ?
Allah hancurkan hubungan itu,
Dengan asbab si dia berubah hati.

Allah beri rasa sakit hati.

Kau menangis.
Kau merintih semahunya.
Kau mempersoalkan
"Kenapa Ya Allah"

Kau bicara Tuhan tu tak adil.

Tanpa kau sedar sebenarnya Allah rindu. Rindu nak tengok iman kau yang dulu

Allah nak tahajjud kau yang dulu,
Bukan Allah yang tidak adil,
Tapi kau !
Kerana cinta manusia, kau menolak Dia sementah mentahnya.

Dan pada waktu itu ,
Barulah kau sedar, dulu iman kau utuh, Allah lah kau letak no1.

Tapi setelah kau hanyut dalam belaian cinta manusia, Tuhan kau buang jauh jauh.

Kejam !
Dah tersentak baru tersedar.
Sendiri terjun dalam lautan cinta manusia.

Pandai pandailah berenang mengawalnya.

Andai gagal kau kawal dengan pelampung iman,

Maka lemaslah kau di dalam lautan cintanya.

Allah.
Ya Allah.
Kembali la.
Cari iman yang dulu.
Tahajjud yang dulu.

Allahu.😞😞😞

Comments

  1. penulisan yang baik...,sungguh memberi manfaat buat setiap pembaca,semoga kau terus sukses dalam dakwah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bagaimana cara nak lupakan Crush?

Apa itu CRUSH? Crush bermaksud orang lelaki/perempuan (ajnabi) yang kita suka dalam diam, minat, dan ingin tahu perkembangannya dan selalu terfikir fikir tentangnya. Dia tak tahu yang kita suka dia, dalam masa yang sama kita ada hasrat untuk meluahkan perasaan padanya. Dan kita turut berharap dia mempunyai perasaan yang sama pada kita pada waktu yang kau belum mampu menghalalkannya. Kalau mcm tu 👆 yang engkau rasa, maka BERTAUBATLAH. Imam Alghazali ada  menyebut: “Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…” Kenapa? Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?! Andai kata pernah TERpandang, rasa TERpesona dengan keindahan atau perwatakannya, (mohon baca perkataan *TER* tu berulang kali), tiba-tiba rasa macam suka dalam hati, itu NORMAL. Sebab memang lumrah lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki, ada semacam "attraction" antara sa...

Kasih Sayang Allah S.W.T

Islam. Agama yang sempurna dan menyeluruh. Ajaran agama Islam juga adalah realisitik dengan keadaan dan kesesuaian kehiduapan manusia. Manusia. Fitrahnya ingin dicintai dan disayangi. Namun sering kali salah meletakkan rasa cinta, kasih dan sayang pada tempat yang tidak sepatutnya. Rasa cinta dan kasih kepada ibu bapa, anak, lelaki atau wanita itu adalah fitrah. Dan Islam sama sekali tidak melarang untuk mencintai kepada semua itu. Namun, fitrah itu haruslah dikawal agar tidak memudharatkan. Sebagai analoginya, makan itu juga merupakan fitrah. Seandainya kita tidak mengawal fitrah dengan memakan makanan dengan terlampau banyak, maka ia akan menyebabkan obesiti. Sama juga halnya dengan Cinta. Manusia sering menanti cinta yang tidak pasti. Sedangkan ada cinta yang telah pasti dan hakiki. Malah andai dapat kita meraih cinta ini, sudah tidak ada apa yang lagi yang dapat menggembirakan di dunia ini jika dibandingkan dengan Cinta Agung dan ganjaranNya di akhirat nanti. Cuba hitung berapa...

Gagal dalam peperiksaan?

Tulisan ini aku tujukan khas buat mereka yang merasakan "gagal" dalam pelajaran. Mereka yang merasakan "down" tatkala menerima slip peperiksaan, namun keputusannya tidak seperti yang diimpikan. Teman, Saat kau merasakan kecewa dengan keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan, bersangka baiklah dengan Allah. Inilah suratan takdirNYA buat dirimu. Lupakah dikau bahawa Dia Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib? Dia lebih tahu apa yang terbaik buat engkau. Maka percayalah, keputusan yang ada di genggamanmu itu adalah yang TERBAIK. Yakin lah bahawa setiap aturanNYA terselit 1001 hikmah yang indah di sebaliknya. Kerana dengan keyakinan membuat kau percaya, "kejayaan di dunia hanya sementara, kejayaan akhirat yang abadi selamanya." Teman, Allah bukan tidak mahu memakbulkan doamu. Dia juga tahu engkau sudah usaha sehabisNYA. Tetapi percayalah, Allah sedang menangguhkan kejayaan  buatmu pada masa, waktu, dan hari lain yang lebih tepat untuk kau mer...