Skip to main content

Al-Qasira Nur Torfina II






Part II

        "Ting... Tong...."

"Assalamualaikum... Balqis...."

         "Ting... Tong... Ting... Tong..."

Sudah hampir ke sejuta kali aku menekan loceng rumah Balqis, tapi tampak sia-sia saja usaha ku. Aku mengeluh kekesalan.

"Huh. Ke mana saja lah engkau Balqis? Aku benar-benar risau akan dirimu." Monolog aku sendiri di dalam hati.

Dengan perasaan hampa, aku pun mengatur langkah pergi dari rumah banglo yang gah bak mahligai istana itu. Balqis dibesarkan dalam golongan keluarga yang berada. Namun sayang sekali, dia kekurangan kasih keluaga. Ibu bapanya sering tiada di rumah. Ayahnya merupakan CEO Syarikat Tabung Haji, Malaysia manakala ibunya pula sibuk menguruskan butik baju muslimah yang terdapat lebih 50 cawangan di seluruh negara. Aku hanya dari keluarga yang sederhana. Ibuku pernah berkhidmat sebagai tukang gaji dirumahnya sewaktu aku masih kecil lagi. Jadi, mungkin kerana itu aku dan Balqis menjadi rapat seperti belangkas.

Tiba-tiba....

"Al-Qasira Nur Torfina..! " Suara yang amat ku kenal. Seseorang memanggilku dari belakang. Aku menoleh dengan segunung harapan. Ternyata..

"Balqis..!!!"  Iya. Memang dia. Lantas, aku terus mendapatkan sekujur tubuh yang benar-benar aku rindukan.

Aku memeluknya.

Terasa hangat. Hangat dalam dekapan Ukhwahfillah. Dalam tak sedar.. air mataku keluar bergelinangan. Aku sendiri hairan. Air mata apakah ini?

"AllahuAkhbar... kenapa kau tak jawab call aku, tak reply mesej aku? Dah 3hari kau tak datang sekolah. Kau sakit ke? Kau buat aku risau tawu tak. Kau okey tak ni?" Soal aku pada Balqis dengan nada kerisauan.

Balqis tolak aku perlahan.
Tanpa memberi sebarang jawapan pada pertanyaan aku yang bertalu-talu.
Dia tampak sungguh tak bermaya. Matanya penuh lingkaran hitam sehingga kelihatan seperti lebam, mukanya pucat lesi.

"Aku tak layak jadi sahabat kau. Pergilah." Ungkapan daripada mulut Balqis yang membuatkan runtun hatiku.

"Balqis!!! Kenapa kau cakap macam ni??! Istighfarlah. Ingat Allah.." jawab aku sambil mengurut-urut belakang badannya.

Kemudian, dia nangis semahunya. Seperti anak kecil yang kehilangan ibunya. Sehingga, sesekali terdengar bunyi esakan tangisan.

"A... a..aku tak kuat.." bisik Balqis padaku.

Tanpa banyak bicara. Aku terus membawa dia masuk ke dalam biliknya. Aku memberikan dia segelas air suam dan cuba menenangkannya. Selang beberapa minit kemudian.. dia terlena diulit mimpi.

"Allahu.. pasti sahabatku ini sedang alami saat-saat sukar. Berikan dia kekuatan Ya Rabb." Aku bermonolog sendiri.

Tiba-tiba, aku terlihat sebuah buku yang berwarna kuning cair di sebelah katilnya. Aku jadi ingin tahu. Buku apakah itu?

"DIARI HIDUPKU -Balqis "



Bersambung..

Comments

  1. Akakkk, nak sambungan citer ni 😭. Best nye ya allah dapat kawan mcm kisah diorg ni. Tade sambungan ke kakk???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bagaimana cara nak lupakan Crush?

Apa itu CRUSH? Crush bermaksud orang lelaki/perempuan (ajnabi) yang kita suka dalam diam, minat, dan ingin tahu perkembangannya dan selalu terfikir fikir tentangnya. Dia tak tahu yang kita suka dia, dalam masa yang sama kita ada hasrat untuk meluahkan perasaan padanya. Dan kita turut berharap dia mempunyai perasaan yang sama pada kita pada waktu yang kau belum mampu menghalalkannya. Kalau mcm tu 👆 yang engkau rasa, maka BERTAUBATLAH. Imam Alghazali ada  menyebut: “Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…” Kenapa? Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?! Andai kata pernah TERpandang, rasa TERpesona dengan keindahan atau perwatakannya, (mohon baca perkataan *TER* tu berulang kali), tiba-tiba rasa macam suka dalam hati, itu NORMAL. Sebab memang lumrah lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki, ada semacam "attraction" antara sa...

Pengalaman SMA

All began when my aged at 16 years old. Pada usia ini mungkin pelajar yang bersekolah di SMK yang bukan beraliran agama akan menggelar sebagai tahun " honeymoon year". Yelah. Tak terikat dengan mana-mana exam besar kan. Tapi. Pelajar sekolah SAM yang beraliran agama ada peperiksaan yang dipanggil Sijil Menengah Agama atau "SMA". Memang tak ada istilah "honeymoon" langsung! Deret tahun kena struggle je. Eeerrkk. Struggle ke? >.< hehe... SMA ni pulak boleh tahan mencabar. Maddah-maddah dia semua nak kena hapal sampai kasi ummphh!!! Tambah lagi semua dalam Bahasa Arab. Tauhid Feqah, Tafsir Hadith, Nahu Sorof Mutola'ah, Tarikh Islam, Alqura Hafazan. Hemm. Memang lemah lah kalau kena kat orang yang tak suka menghafal dan yang tak minat bahasa arab ni~ Macam ana. PMR sangkut kat Bahasa Arab lah. Kalau tanya ana. Ana suka menghafal? Ana akan jawab "memang taklah". Actually ana amat lemah ye bab2 menghafal ni. Siapa yang spesis macam a...

Kasih Sayang Allah S.W.T

Islam. Agama yang sempurna dan menyeluruh. Ajaran agama Islam juga adalah realisitik dengan keadaan dan kesesuaian kehiduapan manusia. Manusia. Fitrahnya ingin dicintai dan disayangi. Namun sering kali salah meletakkan rasa cinta, kasih dan sayang pada tempat yang tidak sepatutnya. Rasa cinta dan kasih kepada ibu bapa, anak, lelaki atau wanita itu adalah fitrah. Dan Islam sama sekali tidak melarang untuk mencintai kepada semua itu. Namun, fitrah itu haruslah dikawal agar tidak memudharatkan. Sebagai analoginya, makan itu juga merupakan fitrah. Seandainya kita tidak mengawal fitrah dengan memakan makanan dengan terlampau banyak, maka ia akan menyebabkan obesiti. Sama juga halnya dengan Cinta. Manusia sering menanti cinta yang tidak pasti. Sedangkan ada cinta yang telah pasti dan hakiki. Malah andai dapat kita meraih cinta ini, sudah tidak ada apa yang lagi yang dapat menggembirakan di dunia ini jika dibandingkan dengan Cinta Agung dan ganjaranNya di akhirat nanti. Cuba hitung berapa...