Tahan dirimu ukhti... . Ketika orang lain dengan kalimat pedasnya mencela pakaian dan tudung labuhmu seperti orang yang ketinggalan zaman. Tak perlu marah, atau balik mencela. Cukup doakan saja mereka lekas diberi hidayah agar mereka tahu bahawa pakaianmu adalah bentuk usahamu untuk mentaati perintah Rabb-Mu. . Tahan dirimu ukhti... . Ketika seorang lelaki mengagumimu, mengaku mencintaimu dan memintamu untuk menjadi kekasihnya. Jangan menerimanya ukhti. Tolaklah dengan penuh ketegasan. Ingatlah bahawa tidak ada ikatan sebelum pernikahan. Yakinlah bahawa, lelaki yang serius mencintaimu akan menikahimu bukannya ajak berpacaran. . Tahan dirimu ukhti... . Saat yang lain bebas menyebarkan kecantikan dengan gambar selfienya di facebook dan instagram. Tetaplah sembunyikan kecantikan dan keindahanmu. Hanya orang pilihanNya yang berhak atas menikmati cantikmu. Ingatilah bahawa bidadari syurga tak hanya terkenal dengan kecantikannya, namun juga terkenal akan sifat pemalunya. . Ra...