Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Bagaimana cara nak lupakan Crush?

Apa itu CRUSH? Crush bermaksud orang lelaki/perempuan (ajnabi) yang kita suka dalam diam, minat, dan ingin tahu perkembangannya dan selalu terfikir fikir tentangnya. Dia tak tahu yang kita suka dia, dalam masa yang sama kita ada hasrat untuk meluahkan perasaan padanya. Dan kita turut berharap dia mempunyai perasaan yang sama pada kita pada waktu yang kau belum mampu menghalalkannya. Kalau mcm tu πŸ‘† yang engkau rasa, maka BERTAUBATLAH. Imam Alghazali ada  menyebut: “Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…” Kenapa? Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?! Andai kata pernah TERpandang, rasa TERpesona dengan keindahan atau perwatakannya, (mohon baca perkataan *TER* tu berulang kali), tiba-tiba rasa macam suka dalam hati, itu NORMAL. Sebab memang lumrah lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki, ada semacam "attraction" antara sa...

Al-Qasira Nur Torfina II

Part II         "Ting... Tong...." "Assalamualaikum... Balqis...."          "Ting... Tong... Ting... Tong..." Sudah hampir ke sejuta kali aku menekan loceng rumah Balqis, tapi tampak sia-sia saja usaha ku. Aku mengeluh kekesalan. "Huh. Ke mana saja lah engkau Balqis? Aku benar-benar risau akan dirimu." Monolog aku sendiri di dalam hati. Dengan perasaan hampa, aku pun mengatur langkah pergi dari rumah banglo yang gah bak mahligai istana itu. Balqis dibesarkan dalam golongan keluarga yang berada. Namun sayang sekali, dia kekurangan kasih keluaga. Ibu bapanya sering tiada di rumah. Ayahnya merupakan CEO Syarikat Tabung Haji, Malaysia manakala ibunya pula sibuk menguruskan butik baju muslimah yang terdapat lebih 50 cawangan di seluruh negara. Aku hanya dari keluarga yang sederhana. Ibuku pernah berkhidmat sebagai tukang gaji dirumahnya sewaktu aku masih kecil lagi. Jadi, mungkin kerana itu aku dan Balqis menjadi rapat seperti b...

Al-Qasira Nur Torfina

Part 1      Menurut fakta, apabila manusia menginjak usia pertengahan remaja dalam lingkungan umur 18-25 tahun, waktu ini merupakan waktu mereka berkobar-kobar ingin bernikah dan mempunyai pasangan. Aku tidak menyangkal fakta tersebut malahan aku merasakan ada kebenarannya. Soalnya, aku sendiri melihat buktinya depan mata ku sendiri. Betapa ramai sahabatku yang tenggelam dalam cinta makhluk tanpa mengikut jalan yang Islam anjurkan, dan akhirnya perhubungan mereka hanya mendapat fitnah dan murkaNya. Nauzubillah.... Persoalannya, apakah salah untuk jatuh cinta? Subhanallah..... siapakah kita untuk menyalahkan atau menolak fitrah yang diberi olehNya??? Soalnya bukan itu. Tapi tentang bagaimanakah kita MENGURUS FITRAH tersebut ke arah jalan yang diREDHAI-Nya? Lamunan ku terhenti seketika. Dek disapa oleh teman sekelas yang duduk bersebelahan denganku. "Nur... Nur... oh Nur.. Jauh hang menung? Terpikir masa depan kah?" Gurau Najah. "Allahuakhbar.. hang ...

[UJIAN HATI] πŸ’˜

Mungkin hari ini kita adalah hamba yg taat. Beribadah penuh semangat, Sedaya upaya menolak maksiat. Sentiasa istiqamah dlm beribadat. Tiba suatu hari Allah datang menguji. Dengan apa? Dengan Dia tiupkan rasa hati, & Dia campakkan satu perasaan.  "JATUH HATI". Dan akhirnya terhumbanlah kau ke dalam lembah cinta makhluk. Yang pastinya akan ada perubahan. Dari hari ke hari, Solat makin low kualiti. Tahajjud selang seli. Zikir pun dah semakin kurang dari hari ke hari. Sehinggalah lama kelamaan kau hilang sedikit demi sedikit dari bayangan Tuhan. Terus lenyap. Hilang. Wow ! Tahniah ! Kau dalam fasa bahagia. Ya ! Bahagia ! Bahagia dalam lautan cinta manusia. Yang penuh dengan keindahan keindahan. Ketika sedang lena dibuai keindahan cinta, Allah datang sekali lagi untuk menguji. Apa yang Allah lakukan ? Allah hancurkan hubungan itu, Dengan asbab si dia berubah hati. Allah beri rasa sakit hati. Kau menangis. Kau merintih semahu...

Bagaimana Cara Nak Melupakan Ajnabi???

SESI Q&A AKAK BERSAMA ADIK-ADIK SYURGA 🌸 Q: "Assalamualaikum wbt kak😌  Saya minat pada seseorang. Dan saya selalu teringat ingatkan dia. Bagaimana cara nak melupakan ajnabi??? " πŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒ A: "First of all, sama-sama kita muhasabah, tanya pada hati, "Siapa yang sedang beraja di hati tika ini? Allah atau makhlukNYA?" Nak tahu siapa yang beraja? cuba fikirkan siapa yang kita selalu ingat. DIA atau si dia? Allahu..πŸ˜” Ustazah pernah pesan, bila mana, hati kita, dikuasai oleh makhlukNYA melebihi Sang Khaliq, maka dikhuatiri akan jatuh SYIRIK KECIL. Bila mana melebihkan benda lain selain Allah SWT hatta walau hanya dalam hati. Nazubillahiminzalik. Jadi.. peri pentingnya untuk membersihkan hati kembali. Once kita asyik teringat-ingat seseorang dalam hati kita, tambahan pula orang yang haram(ajnabi) , maka ketahuilah bahawa hati kita sedang sakit asbab ZINA HATI. Macam mana nak rawat? Sungguh akak tak layak untuk membahaskan m...

Susah nak bangun Qiamullail? Apa solusinya?

SESI Q&A CIK IZEL BERSAMA ADIK-ADIK SYURGA 🌸 Q: Assalamualaikum wbt kak, Saya ada masalah untuk bangun qiam ..macam mana kan Kak, kita nak paksa diri kita umtuk bangun..mcm mana nak ketepikan nafsu untuk tidur?  Macam mana nak mujahadah tu..org selalu ckp mesti merasa keberadaan Allah ..so macam mana kita nak wujudkan rasa tu dalam diri kita?  Kadang² kita dah terjaga tapi mind set kata "ala tidur jela nanti Kau x cukup tidor"..(time nak qiam)..so mcm mana kita nak ubah mind set kita supaya berfikir positif buat diri kita bila fikir benda tu je kita terus bgun dan tak sambung tidur..  Maaf la Kak tanya soalan banyak²..maaf menganggu..πŸ˜” πŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒπŸƒ A : Walaikumussalam wbt Dik. ☺ Pertama tamanya, akk tak layak langsung untuk utarakan pandangan berkenaan hal ini. Kerana akak sendiri saja masih belum mampu istiqamah untuk bangun setiap malam. Masih lagi work hard untuk mujahadah. Cumanya. Kalau awak minta pandangan, akak bole beri serba sedikit ya...

EKSKLUSIF UNTUK AKHWAT🌹 (BOLEH KE UPLOAD GAMBAR?)

Suatu hari, masuk satu pesanan dalam peti inbox ana, "Assalamualaikum wbt, ukhti, pernah tak enti ada perasaan nak upload gambar dalam fb atau insta..? Sebab kadang2 ana nak sangat upload. " Allahu..Subhanallah. Ramai muslimat yang merasakan sedemikian rupa sebenarnya. Tak dinafikan. Ini kerana apa? Fitrahnya, "Wanita suka TUNJUK, tapi perlu diingatkan, lelaki suka TENGOK." Hal ini bertentangan dengan kata Saidatina A'isyah, apabila ditanya wanita bagaimana yang baik? Lalu beliau berkata, "Wanita yang tidak memandang, dan dipandang." Ini bertetapan dalam surah An Nur, Allah memerintahkan agar lelaki dan wanita menundukkan pandangan daripada melihat yang haram, Allah berfirman yang bermaksud : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wa...